Sunday, October 14, 2012

WAJAH Kekasih ^^

Assalamualaikum.

Allah Ta'ala tidak mencipta wajah aku serupa wajah Ummi dan Abah semata-mata atas alasan saintifik.
Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya setiap kali aku renung cermin, aku nampak Ummi dengan Abah. Tidak kira ke mana aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa Ummi dan Abah bersama.

Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa. Kerana pada waktu itu mereka mungkin tiada lagi dan Allah tahu kita sangat rindu; dan kita perlu lihat wajah mereka.





No comments:

Post a Comment

Feed me