Tuesday, October 9, 2012

POSITIF itu MAGIKA :)




Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Satu Malaysia. Salam Integriti. Salam Perpaduan. Salam Melaka Maju Negeriku Sayang. 

Hidup memang selalunya indah.


Tapi yang menjadikan hidup ini tidak indah adalah Diri sendiri. Alahai manusia sekarang. Suka fikir bukan-bukan. Senang cerita, tak payah manusia sangat lah. Aku pun sama je.

Kita yang menjadikan hidup kita tidak indah dengan memikirkan yang buruk, bersangka buruk dan bersikap buruk, termasuklah berkata yang buruk-buruk.
Cuba tengok orang yang berfikiran positif. Orang sebegitu hidupnya indah. Dia bahagia, dia nampak seperti orang bertuah kerana dia nampak bahagia. Seronok kan?

Sebenarnya semua itu permainan minda masing-masing. 'MIND SET'. Keindahan hidup boleh dibentuk. Caranya melalui fikiran. Melalui mind set kita. Sedar tak??
Berfikir lah secara rasional, secara bijak. Kerana itu juga merupakan doa. Jika berfikiran bukan-bukan, maka bukan-bukan lah doa itu. Betul?

Setiap kali kita dilanda masalah, dugaan, situasi buruk yang tidak dijangka seperti kemalangan, kepokaian, masalah kewangan, tekanan perasaan, tekanan kerja, sikap kawan yang menyakitkan hati atau simply sesuatu berlaku di luar kemahuan kita, alihkan perasaan sakit hati tu. Hentikan. Stop thinking that you are in trouble. 

Bertenanglah. Berdoalah. Berserahlah. 


Apabila sesuatu sudah berlaku, kita tidak ada kuasa mengubahnya. Tentu ada hikmah disebalik yang berlaku. 

Orang yang selalu berfikir positif akan mendapat balasan positif.

Mungkin masa itu situasi tidak memihak kepada diri kita, tapi di saat satu ketika lain, situasi akan memihak kepada kita kesan dari sikap berfikiran positif, kesan dari sikap bersangka yang baik-baik.

Yang baik tetap akan mengatasi yang buruk walau kelihatannya yang buruk itu seolah-olah menang.

Ubah sikap Anda. Ubah mind set. Binalah sikap suka bersangka baik. Sebab, sikap itu akan menunjukkan kesannya. Bezanya, cepat atau lambat saja. MAGIK kan?

Tak salah berperasangka baik. Manusia tak sempurna. Banyak cacat cela. 
THINK POSITIVE and everything will be alright. 




*Kawan gua slalu cakap ni bila gua down "ALL IS WELL". 
Hoho semangat terus lepas dengar.   

Entry ni saja ja bagi mengisi kekosongan yang ada. Sejak dua menjak ni banyak sangat fikir bukan-bukan. Lagi-lagi bila tiba time exam final. Tah apa apa je fikir. Daripada fikir macam macam, baik la main games. Ok k k bye bye. Sambung main games.
See yaaaa! >.<



No comments:

Post a Comment

Feed me