Thursday, October 11, 2012

Mutiara kasih pembakar semangat

"Kak, kerja elok-elok. Ingat kita ni tak ada tempat bergantung. Hidup pun menumpang orang."

Hanya Tuhan je tau perasaan aku masa ni. Perlahan-lahan mutiara jernih jatuh ke tilam bercadar kuning aku. Padan pulak dengan background laptop pasang lagu Dejavu by ShilaAmza. 

Dah 3 hari aku relax setelah habis bertungkus pulas berperang dengan kertas kertas exam final. Tamatlah semester tiga aku. Hari demi hari aku tengok kawan kawan mengemas dan sedikit demi sedikit hilang dari pandangan mata. Semua sudah pulang ke kampung halaman masing masing. Tinggal lah aku ini seorang anak kelahiran Kedah yang menetap di Pulau Pinang. Sayu rasanya hati aku apabila teringat keluarga nun jauh di utara. 


Cuti semester sebulan ni aku tak balik ke Pulau Pinang. Hanya menetap di Melaka yang indah ni. Ni semua sebab MUET. Kalau nak ulang alik, mungkin mustahil bagi aku nak pergi balik banyak banyak kali. Penat pulak tu nanti. Ikut hati aku nak balik rumah. Rindu. Bukan aku tak rindu pada negeri tercinta. Tapi apa kan daya. Konflik betul kan. Petang tadi aku baru sudah cari kerja. Alhamdulillah dapat juga rezeki. Kerja sini, sewa rumah sini. Ini kali pertama Ummi lepaskan aku di negeri orang sebab Ummi percaya dan aku tak boleh hampakan kepercayaan yang Ummi letakkan. Aku rasa aku perlu lebih dewasa dan lebih kuat. Bila teringat balik kata kata Ummi, sayu hati aku. Tapi itulah pendorong semangat aku untuk teruskan hidup. Aku bersyukur kerana aku masih memiliki sebuah keluarga walaupun tidak sebesar keluarga lain. Bagi aku, keluarga aku sudah cukup sempurna walaupun sudah lama aku tidak merasa kasih sayang seorang ayah.

Inilah hidup anak perantau. Hidup seorang anak yang ditinggalkan ayah. Hidup seorang insan yang sering kali diduga macam macam sakit. Hidup seorang remaja yang perlu aturkan sendiri jalan hidupnya. Alhamdulillah aku masih lagi diberi kekuatan untuk menghadapi kehidupan yang berliku ini. Bila difikirkan balik, ada lagi insan di luar sana yang lebih dasyat diduga. Tidak sempurnalah hidup tanpa dugaan. Tidak sempurnalah hidup tanpa masalah. Dan tidak sempurnalah hidup tanpa air mata. Jadikanlah air mata inilah simbol kekuatan. Jangan jadikan ia sebagai simbol kelemahan. Tidak sama sekali. Kita diduga, diuji kerana kekuatan kita. Bukan kerana kelemahan. Aku juga punya kawan dan teman yang selalu bersama. Tidak akan sama sekali aku menyesal atas kehidupan ini. Aku terima seadanya dengan redha.








No comments:

Post a Comment

Feed me