Monday, April 15, 2013

Permulaan. Kelam kabut (Part 1)


Hye there. Since I dah lama tak mengisi kesunyian blog, sibuk sangat dengan final and Industrial Training. Well, sekarang just nak isi ruang yang dah lama kosong ni. Nak cerita pengalaman yang rasanya kelam kabut nak mampos. Sejak hari first aku dihantar untuk menjadi penetap sementara dekat Putrajaya ni, seminggu hidup dalam keadaan kelam kabut. Fuh start 31March sampai lah ummi buat keputusan untuk beli motor untuk mudahkan aku. Throwback ~

31 March 2013, Ahad.

Sebelas dua puluh pagi, Ah malasnya aku nak pergi tunggu bas panas-panas macam ni. Huh “tapi kalau aku tak pergi tunggu bas, try naik bas ke office nanti esok aku tak tau nak pergi office macam mana pula. Dah la masuk pukul 8 pagi kan.” Ok la ok la aku pergi. 

*duduk tunggu bas selama satu jam dua puluh minit* *tengok kiri kanan*
“Mana bas ni?” Bisik hati aku. Aku dah la dah lama tunggu bas ni. Panas tau tak panas. Ok tak apa tunggu lagi 5minit. Kalau tak ada aku naik atas balik. Tup tap nampak kelibat bas. Hahaha agaknya dengar kut apa aku cakap tadi.
Okayyyyyyyy naik bas~ Ah selesanya. Aircond kelas 1 ok. Haha. Tambang murah ja RM 0.50. Ok aku sebenarnya tak tahu nak pergi mana. Tadi aku tengok jadual, bas tak ada direct ke presint 15. So nampaknya aku turun Alamanda je lah. Then baru fikir macam mana nak pergi office pula.

#di Alamanda

Ambil gambar dulu.

Sesat




Woahhhhhhhhhh~ ok tu bukan kali pertama jejak Alamanda. Tapi saja buat perak. Aku sorang kut jalan-jalan pusing-pusing guling-guling dekat Alamanda yang serabut tu. Ramai orang beb sebab ada promosi. Macam peribahasa Dimana ada rezeki, di situ orang ramai. Ah mahal lah barang-barang dekat sini. Cuci mata je lah yang boleh. Ok ok dah dua jam jalan. Penat k penat. *mata meliar mencari tempat duduk*
Situ! Ada tempat duduk. Errr Tutti Frutty punya tempat. Cinggg cinggg alang-alang kan baik aku try perisa baru Tutti Frutti  and duduk lepak situ.
Fuh bahagia hati dapat makan sorang -..-

Perut aku sorang RM10.05


#di bus stop depan Alamanda

EH wei macam mana aku nk pergi office ni. Dah la tak ada bas direct. Payah gini. Jap. Bas nombor L02 dengan L06 tak silap aku yang pergi presint 15. Ni ha tengok jadual.

Ok aku tunggu. 5minit..10minit..15minit..
Woiii mana bas??!! 
L07. Haa ni bas nak balik rumah ni. Urghh tak boleh tak boleh. Kena tunggu bas L02 dulu. Tingg tonggg bas dah sampai~ “Bang, pergi Jalan Diplomatik Presint 15 tak?” “Maaf dik, tak pergi”
Uh?? Habis aku salah tengok jadual ke? Ok tak apa aku tunggu lagi bas lain. Oh tu pun bas!
“Bang, pergi presint 15 tak?” (pemandu bas menggeleng kepala)
Woii habis bas apa yang pergi sana? Baik aku balik.


#Sampai rumah

*Letak punggung di sofa* Kringgg kringggg (lagu bara bara bere bere ^^)
“Kak, cuba try tanya dekat driver teksi depan Alamanda tu pagi ada teksi tak. Akak naik teksi jelah dari Alamanda.” “ Ermmm akak baru sampai rumah je ni, Ummi.”
“Tak apa lah. Pergi la lagi sekali. Pergi tanya. Kalau tak esok nak pergi kerja macam mana?” “Ok ummi. Ok akak pergi.”

Ahh malasnya nak pergi balik.
Bila dah sampai sana, senang je driver teksi tu kata boleh call nombor hotline mereka. Oooo ok. Kalau aku tau tak payah susah datang balik. Habis sekarang nak buat apa? Heh jalan lagi la. Sekarang aku nak pergi melawat GSC Alamanda.
Ok sumpah tak menyesal melawat GSC sebab aku dapat satu tiket wayang free ~ uuuu~~
Errrr mengantuk pula tengok cerita ni. Apa tajuk tah aku dah lupa. The Rock hero cerita tu. Nasib free.
Dah pukul enam dah. Baik aku balik. Kalau malam nanti aku yang susah.
5minit..10minit..30minit..60minit..110minit..
Ahh dah pukul 7.50 dah ni. Lambat gila bas ni muncul. Dalam pukul lapan baru bas sampai. Lapan suku aku smpai rumah. Bersihkan diri, basuh baju, gosok baju, kemas sikit2 lepas tu terus tidur.

Pagi 1 April 2013, Isnin. …bersambung..

No comments:

Post a Comment

Feed me